Kami tinggal di dalam sebuah pangsapuri kecil di dalam sebuah kompleks bangunan yang bertingkat-tingkat yang menyediakan tempat perlindungan untuk beberapa keluarga kelas pertengahan. Akan tetapi, bilangan kucing domestik (Felis domestica) yang sememangnya gemar tinggal di dalam kompleks kami mungkin melebihi bilangan manusia (Homo sapiens). Ini adalah kerana haiwan berkaki empat berserta kuku yang boleh sentut, yang boleh bermegah bersepupukan anggota familinya – Singa, Harimau, Lynx, dan Oselot, yang tidak takut kepada sesiapa pun di dalam kawasan kami. Bilangan populasi haiwan berkuku yang mempunyai sembilan nyawa ini yang kian bertambah membimbangkan semua orang tetapi juga memberi kelegaan jenaka kepada orang ramai.
Kucing-kucing ini yang berada di dalam lorong kami mempunyai sempadan kawasan mereka tersendiri. Mereka yang gemar menangkap tikus akan tinggal di tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua kecuali apabila mereka lapar dan akan menyerbu ke dalam dapur di luar kawasan mereka. Bahagian teres pula dikhaskan untuk golongan muda dan selalunya digunakan oleh golongan bangsawan daripada keturunan Siam untuk menjilat bulu dan berjemur. Beberapa ekor kucing jantan memilih sudut yang selesa untuk tidur dengan nyaman di mana tidak terdapat ruang untuk kucing tidur, seperti di dalam pondok pengawal, di mana kucing tersebut dijumpai sedang tidur. Tuhan telah memberikan dua peti suara kepada kucing di mana satu adalah untuk bunyi manja dan satu lagi untuk mengiau dan ada beberapa ekor kucing soprano di dalam kawasan kami yang menyebabkan penduduk-penduduk tidak dapat tidur dengan orkestra nokturnal mereka pada hari-hari istimewa mereka.
Sebilangan penduduk yang mahukan kebersihan merasa marah apabila kucing-kucing liar ini mengotorkan barang-barang mereka. Mereka yang berani seperti helang di kalangan penduduk berpendapat bahawa kucing-kucing ini harus dihalau keluar. Tetapi, ada di kalangan penduduk yang baik hati seperti merpati memilih untuk tunggu dan lihat hala tuju kucing-kucing tersebut. Jadi, kita tidak tahu siapakah yang akan mengambil tindakan terhadap kucing-kucing ini!